Berikut adalah perutusan YAB Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, mengenai kemelut yang berlaku di negeri Perak ketika ini. Risalah berikut (muka depan dan belakang) adalah terbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Sila muat turun dan sebarkan kepada semua.
Juga, maklumat terkini yang saya perolehi menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memfailkan saman kepada kerajaan haram BN Perak pada hari esok (Jumaat), 13 Februari 2009 pada pukul 11 pagi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, insya Allah.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi, saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya ahli-ahli PAS, bersabar dan tenang menghadapi musibah ini. Jelas sekarang bahawa Babi Negara (BN) sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah “menculik” ADUN-ADUN dan menawarkan “imbuhan” yang sangat tinggi (khabarnya setiap seorang mendapat RM50 juta) untuk memujuk mereka melompat parti.
Ini suatu taktik yang sudah lapuk, ia berlaku sejak PAS mula-mula menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu buat pertama kalinya dalam tahun 1950-an. Kerajaan Terengganu PAS pada tahun 1959 hanya dapat bertahan selama setahun sebelum jatuh akibat undi tidak percaya. Kita juga maklum dengan kejatuhan kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pada tahun 1994 akibat “pembelian” Babi Negara (BN).
Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang sedang berlaku ini, kita tidak tahu. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan, bukannya manusia.