close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang

Pada 3 Februari 2010, satu sidang media telah diadakan di KOMTAR bagi menjelaskan keadaan sebenar isu perobohan gerai di Pulau Pinang. Malang sekali, pihak media tidak langsung melaporkan angka-angka ini dengan jelas dan menyebabkan salah-faham masih memuncak.

Justeru, bersama dengan ini saya sertakan kenyataan media tersebut bagi memberikan penjelasan kepada semua mengenai keadaan sebenar di Pulau Pinang: Kenyataan Media: Isu Perobohan Gerai di Pulau Pinang

Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Incoming search terms:

  • isu di pulau pinang
  • isu pulau pinang
  • keadaan sebenar pulau pinang
Komen Anda? 0
07 Feb

Malaysia Darul Anak Haram

anak anak Malaysia Darul Anak Haram

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional:

Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411
Mohd Sabri Said

BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) – Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

“Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang harus dibasmikan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Incoming search terms:

  • anak haram
  • anak
  • burung bayan
  • burung bayan malaysia
  • burung di malaysia
Komen Anda? 4
16 Feb
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes