Pengecut tidak akan dilayan

Ibarat “baling batu, sembunyi tangan”, ada beberapa orang penulis komentar yang telah meninggalkan “najis” mereka di ruangan komentar blog ini, dengan tujuan menyerang peribadi dan fikrah saya yang jelas berpandukan prinsip dan agama. Tidak seperti mereka yang suka bermuka-muka, mungkin mereka mengharapkan bahawa saya akan melayan karenah mereka yang kebudak-budakan dengan serangan tidak berasas yang begitu stupid, mengikut pengamatan saya. Sekalipun kebebasan berpendapat tidak harus dikekang, namun saya merasakan bahawa jika mereka ini diberikan peluang untuk “bercakap” sekalipun, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada pengunjung mahupun kepada saya.
Oleh itu saya telah membuat keputusan bahawa pengecut-pengecut ini tidak akan dilayan dan sebarang komentar yang mereka tinggalkan di sini akan dipadam tanpa sebarang amaran. Ingat, saya adalah “tuan rumah” dan saya berhak untuk menendang keluar manusia bacul seperti anda yang hanya tahu menghina tetapi tidak berani mengeluarkan kenyataan di depan saya menggunakan nama sebenar.
