close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Penyangak UMNO tidak akan dilayan

Saya telah memadam beberapa komen yang jelas datangnya dari para penyokong UMNO/BN dengan kata-kata kesat dan sindiran terhadap pimpinan Pakatan Rakyat hanya disebabkan jatuhnya kerajaan negeri Perak. Saya mengambil tindakan ini bukan kerana saya anti-demokrasi atau tidak bersifat terbuka kepada kritikan, tetapi kalau inilah mentaliti yang ditunjukkan, saya rasa mereka ini tidak layak untuk melibatkan diri di dalam blog ini. Jadi ini adalah amaran saya: berbicaralah dengan beradab kalau ingin berdebat dan gunakan akal untuk berhujah, atau saya tidak akan teragak-agak memadam komen anda. Kurangnya adab dan ikhlaq dalam komentar yang diberikan menunjukkan betapa kurangnya perhatian ibubapa yang mendidik dan juga ilmu agama yang nipis.

Kasihan, sungguh kasihan!

Selanjutnya…

Komen Anda? 4
07 Feb

Komentar yang paling pelik

Selama saya mengendalikan blog ini sejak Jun 2008, inilah komentar yang paling pelik saya terima setakat ini daripada seorang pembaca yang tidak dikenali.

your artical are all very good. thougjt povoking thinking critica type. where you learn to write like that man. even your ad writing is good, makes you think about the product. and you have unique way of writing man. where you learned that skill, or is it inborn.

anyway your blog name mayeb you should change man. make it little bit latin name. that way it sound more important and effective man. i suggest you give heading “Pendapatus Kritikalus” thats good and funny man. hope you take my adivice. and in english blog caption you can write ” brutally honest bulldozer” that one your old logo right. they why you want to change man? that one i like very much. it has great meaning man. tell you you are brutally honest ad then smash all other ideas in www like a bulldozer. your ideas all good man.. and ur thinking superb. i wish i had ur brain power man. i write 10 blog like this and let whole world know.

Saya beranggapan bahawa orang ini barangkali mengalami penyakit mental yang serius atau pun langsung tidak memahami apa yang sedang ditulisnya, memandang pada penulisan dan tatabahasa Bahasa Inggerisnya yang bercelaru dan tidak konsisten.

Komen Anda? 6
07 Jan

Pengecut tidak akan dilayan

baling batu 350x233 Pengecut tidak akan dilayan

Ibarat “baling batu, sembunyi tangan”, ada beberapa orang penulis komentar yang telah meninggalkan “najis” mereka di ruangan komentar blog ini, dengan tujuan menyerang peribadi dan fikrah saya yang jelas berpandukan prinsip dan agama. Tidak seperti mereka yang suka bermuka-muka, mungkin mereka mengharapkan bahawa saya akan melayan karenah mereka yang kebudak-budakan dengan serangan tidak berasas yang begitu stupid, mengikut pengamatan saya. Sekalipun kebebasan berpendapat tidak harus dikekang, namun saya merasakan bahawa jika mereka ini diberikan peluang untuk “bercakap” sekalipun, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada pengunjung mahupun kepada saya.

Oleh itu saya telah membuat keputusan bahawa pengecut-pengecut ini tidak akan dilayan dan sebarang komentar yang mereka tinggalkan di sini akan dipadam tanpa sebarang amaran. Ingat, saya adalah “tuan rumah” dan saya berhak untuk menendang keluar manusia bacul seperti anda yang hanya tahu menghina tetapi tidak berani mengeluarkan kenyataan di depan saya menggunakan nama sebenar.

Komen Anda? 1
24 Ogo
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes