Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Rakyat memberi sokongan kepada DS Nizar

    Walaupun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, namun semangat yang ditunjukkan pada pagi sebelum hakim-hakim membaca keputusan amatlah membanggakan. Jelas bahawa para penyokong yang hadir memberikan bai’ah kepada DS Nizar tidaklah disogok dengan wang RM20, tidak seperti pihak yang di sebelah sana.

    Komen Anda? 0
    10 Feb

    Kudeta UMNO berjaya

    Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.

    shot in head Kudeta UMNO berjaya

    Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.

    Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!

    Komen Anda? 1
    09 Feb

    Dato’ Seri Nizar diisytihar sebagai Menteri Besar yang sah

    nizar jamaluddin Dato Seri Nizar diisytihar sebagai Menteri Besar yang sah

    Mahkamah Tinggi hari ini telah membuat keputusan mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ini telah disahkan oleh laman-laman web berita The Malaysian Insider, The Star, Harakahdaily, Malaysiakini BM dan The Nut Graph.

    Allah SWT sentiasa bersama para pejuang Islam dan tentunya tidak akan menolong pejuang-pejuang Assabiyyah seperti Mamak Zambry dan sekutu-sekutunya. Diharap kali ini, baginda Sultan Perak tidak akan menolak permintaan Dato’ Seri Nizar untuk membubarkan DUN. Takbir!!!

    Komen Anda? 2
    11 Mei