Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Betulkah Wahabi ini sesat?

    Tergelak saya apabila membaca “senarai” petanda-petanda seseorang itu adalah Wahabi dan fahaman “Wahabi” secara umumnya.

    Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

    # Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
    # Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
    # Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
    # Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
    # Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
    # Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
    # Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
    # Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
    # Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
    # Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
    # Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
    # Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
    # Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
    # Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
    # Amalan tariqah dilarang sama sekali
    # Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

    Membaca senarai ini, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

    1. Benar: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan ia memang adalah benar tanpa apa-apa perselisihan.
    2. Salah: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan memang ia adalah amalan yang salah di sisi agama
    3. Khilafiah: Perkara yang diperselisihkan oleh para ulama.
    4. Salah faham: Golongan Wahabi tidak pun beramal dengan perkara berkenaan.

    Kebanyakan daripada amalan-amalan yang disenaraikan di atas tergolong sama ada di dalam Kategori 1 ataupun Kategori 4. Tetapi saya amat pelik dengan polemik “Wahabi sesat” yang dimainkan muktakhir ini. Apakah mereka yang menuduh bahawa “Wahabi” itu sesat tidak sedar bahawa kedua-dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah) dikuasai oleh ulama “Wahabi”? Maka, secara implikasinya, adakah mereka sedang menyatakan bahawa Makkah dan Madinah itu sedang diperintah oleh orang-orang yang sesat dan kafir?

    Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.

    Komen Anda? 2
    11 Nov