Tetapi kenapa mereka melakukannya?

Mereka ini sememangnya bodoh atau sengaja buat bodoh?

Mereka ini sememangnya bodoh atau sengaja buat bodoh?
Lagenda bolasepak negara, Mokhtar Dahari (“Supermokh”) dalam kenangan. Malang bagi saya kerana tidak melihat beliau bermain secara “live” kerana belum lahir pada waktu itu. Seharusnya FAM menyiarkan semula perlawanan-perlawanan terdahulu yang melibatkan Allahyarham supaya generasi sekarang dapat menyaksikan kehebatan beliau.
KENYATAAN PENUH
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Pertama sekali, saya harus menjelaskan bahawa saya menentang apa jua bentuk nasionalisme atau taksub yang ekstrim kepada bangsa atau negara sendiri. Apabila isu ketengangan antara Malaysia – Indonesia ini mula didedahkan di media dan di internet, saya mengambil sikap berdiam diri pada mulanya. Namun apabila saya melihat berita-berita yang mengatakan bahawa sebuah kumpulan bernama BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat) secara terbuka mahu “menganyang Malaysia”, maka saya terpanggil untuk mengulas isu ini.
Jika inilah mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak Malaysia, saya yakin dan menaruh harapan bahawa pasukan kebangsaan mampu menerajui bolasepak Asia seperti yang telah dilakukan oleh Ghani Minhat, Santokh Singh, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Inilah caranya untuk bermain bolasepak!
Soal kalah atau menang adalah soal kedua, yang penting ialah semangat berlawan yang telah ditunjukkan. Sama ada ini kekal menjadi ciri konsisten atau hanya untuk waktu ini, saya tidak dapat menjawabnya sehingga perlawanan kedua Manchester United lwn Malaysia pada Isnin ini.