Akhirnya masalah pada pengiraan jumlah ulasan pada blog ini bagi setiap posting telah diperbetulkan. Saya sendiri tidak pasti apakah punca masalahnya tetapi yang penting sekarang adalah blog ini telah berfungsi seperti asal. Terima kasih kepada saudara Naif Amoodi dari India yang telah menyelesaikan kemelut pada WordPress ini.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
18 Feb

Seperti biskut! Itu yang saya dapat katakan apabila saya mendapati bahawa talian Internet saya kini sedang mengalami gangguan. Sekejap ada dan sekejap lagi ia terputus dan hilang begitu sahaja. Masalah ini berlaku sejak malam tadi. Pada mulanya saya ingatkan bahawa ini adalah masalah sementara yang boleh diselesaikan oleh pihak TM Net pada keesokkan harinya. Namun masalah ini terus berlaku sehingga ke hari ini. Saya akan failkan laporan masalah Internet kepada mereka sekiranya ia berterusan sepanjang hari.
Tambahan: Saya membuat laporan masalah Streamyx dengan nombor report 1-4122858524 pada pukul 2.15 petang. Keadaan talian nampaknya sudah kembali pulih pada pukul 9 malam.
20 Dis