close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Dasar PPSMI projek gagal

timss 2007 Dasar PPSMI projek gagal

Inilah hasil kajian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) mengenai prestasi pelajar Malaysia secara am dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekarang mereka yang pro-PPSMI tidak mempunyai apa-apa alasan lagi untuk mempertahankan dasar yang merosakkan para pelajar dan menggelapkan masa hadapan negara.

Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Laporan TIMSS 2007 boleh dimuat turun di sini. Anda masih lagi mahu membantah?

Incoming search terms:

  • dasar ppsmi
  • PROGRAM PPSMI
  • mengapa ppsmi gagal
  • kenapa ppsmi gagal
  • dasar ppsmi di sekolah
Komen Anda? 4
04 Mac

Gerakan Mansuhkan PPSMI

risalah anti ppsmi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Jika anda benar-benar sayangkan Bahasa Melayu dan ingin mengangkat martabat bahasa yang dahulunya megah sebagai lingua franca di alam Nusantara lama sebelum penjajahan Barat mula bertapak di negara ini, sertailah gerakan untuk memansuhkan PPSMI yang akan mengadakan acara kemuncak sebulan lagi di Istana Negara pada 7 Mac 2009 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agung.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • PPSMI should be abolished
  • ppsmi should not be abolished
  • why ppsmi should be abolished
  • images of ppsmi
  • PPSMI PATUT DITERUSKAN
Komen Anda? 20
29 Jan

Bantahan menganak-tirikan Bahasa Melayu

Kenyataan terbuka dari PKPIM mengenai kedudukan Bahasa Melayu dan bantahan kepada program PPSMI oleh Kementerian Pelajaran.

Nyatakan sokongan anda dengan menandatangani petisyen ini.

Incoming search terms:

  • menganak
Komen Anda? 0
23 Dis

Mari mengenal sejarah

Mari kita mengenal sedikit sejarah dan tokoh Islam. Siapakah yang memulakan serta mengarang kitab mengenai ilmu “algebra” yang kini menjadi asas kepada ilmu Matematik serta Sains pada hari ini?

algebra Mari mengenal sejarah

Terima kasih kepada saudara sebol kerana memberikan entri di atas kepada saya tidak lama dahulu.

Komen Anda? 0
21 Dis
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes