Kemalangan ngeri Pedas-Linggi arah selatan
Baru hari ini saya melihat di blog-blog BM heboh tentang kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan Pedas-Linggi, yang menurut akhbar harian mengakibatkan 12 orang terbunuh. Ia berpunca daripada sebuah bas ekspres, Delima Ekspres, dari arah Johor Bahru menuju ke utara, terbabas dan memasuki arah yang bertentangan. Bas ekspres tersebut telah merempuh beberapa kenderaan, termasuklah sebuah bas Kebajikan Masyakat dan terbalik.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang terlibat. Bersabarlah kerana semua kejadian adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. dan setiap yang hidup pasti akan bertemu dengan-Nya.
Incoming search terms:
- blog kemalangan ngeri
- ngeripedas
- pedas linggi highway accident 2011
- pedas linggi
- ngeri


