Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Kumpulan rasis UMNO Melaka terlebih sudu dari kuah

    Lucu rasa hati saya apabila membaca berita ini:

    About 500 members of the Malacca 4B Youth Movement and Malacca Umno Youth today staged a peaceful gathering in protest of Pakatan Rakyat leaders who insulted the sovereignty of Sultan Azlan Shah of Perak.

    [...]

    The group also held up posters and banners reading “Lucutkan Kerakyatan Penderhaka” (Strip off the citizenship of the traitor), “ISA Terhadap Penderhaka” (ISA for the traitor), “Jangan Derhaka Dengan Sultan” (Don’t commit treason against Sultan) and “Pertahankan Raja Melayu” (Defend the Malay rulers).

    Terjemahan: Lebih kurang 500 ahli Belia 4B Melaka dan Pemuda UMNO Melaka hari ini berkumpul untuk menunjuk perasaan memprotes terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menghina kedudukan Sultan Perak

    [...]

    Kumpulan ini juga membawa sepanduk dan poster yang berbunyi “Lucutkan Kerakyatan Penderhaka”, “ISA Terhadap Penderhaka”, “Jangan Derhaka Dengan Sultan” dan “Pertahankan Raja Melayu”.

    Para pembaca sekalian, inilah sikap munafik dan hipokrit yang terdapat pada setiap ahli UMNO, tidak kira dari negeri mana sekalipun. Persoalannya, apakah kaitan negeri Melaka dengan Kesultanan Melayu Perak sedangkan Melaka sudah lama tidak bersultan sejak kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511? Butakah ahli-ahli UMNO Melaka kepada sejarah? Jika benar mereka ingin pertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, mengapakah tiada inisiatif diadakan untuk mengembalikan Kesultanan Melayu Melaka kepada kedudukannya yang asal? Mereka hanya tahu memprotes dan memprovokasi dengan menggunakan sentimen perkauman dan kebangsaan, tetapi saya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Jawa-Muslim (ingat, Jawa dan bukan Melayu) berasa malu dengan sikap sesetengah pihak yang terlebih sudu dari kuah.

    Komen Anda? 1
    08 Feb

    Datuk Shah Rukh Khan?

    shah rukh khan Datuk Shah Rukh Khan?

    Saya kurang pasti apakah sumbangan atau ketimbang merit yang dimiliki oleh beliau kepada negeri Melaka khasnya dan Malaysia umumnya yang melayakkan Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran “Datuk”. Memang diakui bahawa beliau merupakan seorang pelakon Bollywood yang terkenal tetapi apakah sumbangannya kepada Malaysia selama ini? Adakah ia setakat menghiburkan rakyat dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai?

    Komen Anda? 7
    10 Okt