close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

utusan meloya Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

Bila sudah sampai ke penghujung nyawa, baru menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu? DS Nizar yang memberikan hak milik tanah kepada kaum Cina selama 999 tahun menjadi isu? Yang kamu berikan gunung kepada taukey judi Genting bernama Lim Goh Tong, tidak mengapa? Yang kamu berikan bukit bernama Bukit Tinggi kat Vincent Tan, tidak mengapa? Yang kamu berikan satu pulau di Perak bernama Pangkor Laut kepada YTL, tidak mengapa? Yang kamu berikan Pulau Redang, Terengganu kepada Berjaya milik Vincent Tan, tidak apa?

Mereka ini semuanya Melayu ke? DS Nizar berikan tanah kepada penduduk Cina yang sudah tinggal berpuluh tahun untuk bercucuk tanam, itu yang kamu pertikaikan?

Hari ini kita lihat betapa orang UMNO beria-ia benar hendak mendapatkan sokongan orang Melayu. Orang UMNO menjadi terlalu obses untuk mendapatkan sokongan orang Melayu hanya kerana segelintir orang Melayu boleh diperbodoh-bodohkan, ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman. Selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah ambil kira nasib orang Melayu, baru sekarang menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu.

Tapi Melayu yang ini sememangnya Melayu bacul. Hari ini merayu, merintih hendak mendapatkan sokongan orang Melayu dan sanggup menyepak terajang bangsa-bangsa lain. Bila sudah dekat pilihanraya nanti, percaya atau tidak kita akan melihat golongan Melayu tidak bermaruah ini jugalah yang akan tunduk, melutut dan merayu supaya bangsa-bangsa lain terus mengundi mereka.

Jadi persoalannya sekarang…siapakah yang benar-benar bacul?

Incoming search terms:

  • kenapa beri bukit dan gunung kepada kaum cina
Komen Anda? 0
05 Ogo

Kebatilan ShadowFox telah hancur!

Umum mengetahui bahawa dua bulan lepas, suatu laporan polis telah dibuat oleh saya terhadap seorang pemfitnah blog yang memanggil dirinya “ShadowFox” mengenai kenyataan-kenyataannya yang menghina saya dan agama Islam (rujuk kepada laporan polis untuk butiran lanjut). Hari ini, apabila saya cuba memasuki blog pemfitnah tersebut, didapati bahawa semua tulisan-tulisan blog yang terdahulu telah dipadamkan dan tiada apa lagi yang tinggal, kecuali sebuah tulisan blog bertarikh 31 Mac 2009.

coward shadowfox runs 350x274 Kebatilan ShadowFox telah hancur!

Saya anggap ini merupakan kemenangan peribadi buat diri saya, setelah saya diaibkan dan difitnah dengan begitu teruk sejak sekian lama oleh orang ini sejak dua tahun yang lepas, tanpa apa-apa tindakan yang diambil terhadapnya.

Jelas bahawa sudah terang lagi bersuluh, orang ini tahu bahawa apa yang ditulisnya mengenai diri saya adalah suatu fitnah.

Saya tidak gentar berhadapan dengan orang ini, malah saya sanggup bersemuka dengan orang ini dan menyamannya di mahkamah terbuka supaya semua tahu siapa sebenarnya yang bersalah dan siapa yang tidak di dalam hal ini. Mengenai video yang dipaparkannya di blog tersebut, saya sudah ulas dengan panjang lebar di sini, maka tidak perlulah saya mengulanginya.

Jelas juga bahawa dengan pemadaman tulisan-tulisan yang terdahulu, kredibilitinya sebagai seorang blogger terjejas dan tiada sesiapa pun yang boleh mempercayai apa-apa yang dikatanya lagi. Anda boleh memuat turun bukti-bukti tulisan pemfitnah sebelum ini. Anda boleh saksikan sendiri bahawa tulisan-tulisannya (pihak polis ada salinannya) menghina bukan sahaja diri saya, tetapi juga agama Islam dengan kata-kata yang keji dan kesat.

Gaya seorang munafik begitulah….berani kerana salah, takut kerana benar!

Incoming search terms:

  • shadowfox malaysia
  • shadowfox
  • shadowfox blogger malaysia
Komen Anda? 2
02 Mei

“Aku suka main loteri” Zaid Ibrahim dibuang

Berita ini sudah dijangkakan dari awal lagi, tetapi sebelum penyokong-penyokong dari parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (terutamanya yang mengaku diri mereka Muslim) bersorak dan inginkan beliau menyertai barisan pembangkang, eloklah mereka selidiki dahulu latarbelakang orang ini. Jangan kita lupa kenyataannya lewat tahun 2005 mengenai loteri.

20051207160219 gambling zaid Aku suka main loteri Zaid Ibrahim dibuang

Sudah tidak tahu hukum Islam mengenai loteri rupanya. Saya tidak redha dan menolak sekeras-kerasnya penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat. Anda bagaimana?

Incoming search terms:

  • kelebihan bermain loteri
  • komen zaid ibrahim
Komen Anda? 4
03 Dis
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes