Berkonsepkan bual bicara dengan kupasan mendalam berbentuk penceritaan dan lakonan semula, Dahsyat 13 yang disiarkan di Astro Oasis setiap Isnin memberi maklumat berkaitan hukum, mencari punca serta jalan keluar daripada terperangkap di dalam dosa besar.
Incoming search terms:
murtad
tentang murtad
blog tentang murtad
dosa murtad
dosa-dosa besar murtad
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Bandingkan kedua-dua gambar ini. Gambar pertama adalah laporan polis yang dibuat oleh Arlene Tan. Saya telah memotong gambar ini agar hanya kenyataan teks Arlene Tan dapat dilihat.
Beliau menyatakan bahawa beliau tidak kenal dengan MHSAW. Sekarang, bandingkan pula dengan tangkap layar di sebuah laman muka ateis Facebook ini (kredit pada GaySec):
Tidak kenal tetapi menulis komen di thread yang sama dengan MHSAW? Ideologi yang sama dengan membandingkan hukum Syariah Islam dengan kerajaan komunis Korea Utara? Bagaimana pula dengan apa yang Azwan Ismail telah memanggilnya?
Hukuman mengenai pesalah murtad di dalam Islam adalah jelas dan tiada keraguan baginya. Namun masih ada pihak yang sering cuba untuk mempertikaikan hakikat ini. Kadangkala saya berasa hairan mengapa mereka yang mengaku diri mereka sebahagian daripada umat Islam cuba untuk berdolak-dalih atau menafikan terus perkara tersebut. Setiap hukum Allah s.w.t. jelas ada hikmahnya. Terdapat kenyataan mengenainya melalui firman Allah di dalam Al-Qur’an:
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu [Surah al-Maidah 5:3]
Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, kita perlu berpegang pada Al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w., dan bukan berdasarkan tanggapan semata-mata apabila membincangkan soal agama mahupun “akhlak yang baik”. Islam adalah agama yang syumul, malah adab berpidato juga ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan mengamalkan ajaran tersbut dengan sebaik-baiknya barulah kita dapat menyerlahkan keindahan agama Islam kepada umat-umat lain.