Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Kemenangan Obama sudah dijangka

    president obama Kemenangan Obama sudah dijangka

    Tahniah kepada Sen. Barack Obama kerana telah disahkan menang merebut jawatan Presiden dan bakal menduduki Rumah Putih tidak lama lagi. Sekarang beliau harus mengotakan janji-janjinya untuk membawa perubahan kepada rakyat Amerika Syarikat khususnya dan masyarakat dunia amnya. Walaupun ini merupakan pilihanraya umum untuk memilih Presiden Amerika Syarikat, namun keputusan dari pilihanraya ini akan dirasai oleh sesiapa pun di mana-mana tempat di dunia disebabkan kedudukan AS sebagai kuasa besar dunia hari ini.

    Tahniah sekali lagi dan semoga keputusan ini merupakan pilihan yang tepat oleh rakyat AS yang cintakan keamanan.

    Komen Anda? 4
    05 Nov

    Mengundi untuk perubahan

    as berubah Mengundi untuk perubahan

    Setelah lapan tahun berada di bawah pemerintahan Presiden Amerika Syarikat yang paling zalim dalam sejarah dunia, hari ini rakyat Amerika akan membuang undi untuk memilih Presiden mereka yang ke-44. Semoga mereka membuat keputusan yang bijak dan berfikiran matang ketika membuang undi, kerana undi mereka akan menjadi penentu sama ada keadaan dunia akan menjadi lebih baik dari sekarang atau hanya sekadar menyambung malapetaka yang dibawa oleh regim Bush, kesan dari peperangan di Iraq dan Afghanistan.

    Komen Anda? 2
    04 Nov