close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Seribu satu alasan

Lucu apabila mengingatkan bahawa hanya beberapa hari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah penting bagi menentukan sama ada rakyat masih menyokong Barisan Nasional. Hari ini beliau memberi seribu satu alasan untuk menafikan implikasi keputusan pilihanraya kawasan P36.

Komen Anda? 0
19 Jan

Cahaya bulan purnama menyinari Kuala Terengganu

pas Cahaya bulan purnama menyinari Kuala Terengganu

Tala’al badru alayna (cahaya bulan telah datang kepada kami)! Keputusan pilihanraya kecil P36 telah disahkan oleh SPR dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut telah menang dengan undi majoriti 2,363 mengatasi calon dari UMNO/Barisan Nasional.

Tahniah kepada calon PAS yang telah berjaya menumbangkan UMNO/Barisan Nasional. Jelas bahawa Barisan Nasional sekarang sudah ditolak oleh rakyat. Sudahlah tsunami melanda tempoh hari, kini monsun pula telah tiba!

Komen Anda? 3
17 Jan
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes