Teramat lucu rasa hati apabila saya membaca gesaan Presiden UMNO agar PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana “diperalatkan” oleh DAP. Kenyataan ini saya kira sesuatu yang bukan sahaja sudah “basi”, tetapi juga dibauri rasa cemburu dengan kejayaan PAS selama ini. Saya sebagai ahli seumur hidup PAS menentang sebarang usaha untuk PAS bekerjasama dengan UMNO. Najis Razak, sejak bilakah PAS “diperalatkan” oleh DAP? Siapakah Menteri Besar (Melayu) di Perak yang kamu telah gulingkan dengan cara yang sungguh kotor dan keji, dan menggantikan beliau dengan Menteri Besar yang berbangsa Mamak (baca: bukan Melayu)? Sejak bilakah parti anda bertukar nama menjadi United Mamak National Organisation? Pernahkah rakyat Perak meminta agar Menteri Besar mereka yang sah digulingkan kerana kononnya “diperalat” oleh DAP?
Berikut adalah perutusan YAB Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, mengenai kemelut yang berlaku di negeri Perak ketika ini. Risalah berikut (muka depan dan belakang) adalah terbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Sila muat turun dan sebarkan kepada semua.
Juga, maklumat terkini yang saya perolehi menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memfailkan saman kepada kerajaan haram BN Perak pada hari esok (Jumaat), 13 Februari 2009 pada pukul 11 pagi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, insya Allah.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir “penyapu” Toyo dan YB Saifuddin Nasution baru-baru ini muncul di dalam rancangan Hujah di TV9. Topik yang dibincangkan adalah mengenai kuasa politik orang Melayu-Islam secara amnya dan implikasi 8 Mac 2008 kepada kedudukan orang Melayu dan Islam di dalam negara ini. Mungkin badi “penyapu” itu masih terlekat kepada Dr. Khir, kerana beliau melontarkan pendapat yang pada pandangan saya begitu rasis dan berbau assabiyyah.
Kita menunggu dengan sabar detik di mana akhirnya pemerintahan Putrajaya beralih tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang diketuai DSAI. Saya yakin bahawa inilah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, dan langkah ke Putrajaya sudah semakin hampir. Walaupun tiada perubahan kerajaan pada hari ini, namun peralihan kuasa akan tetap berlaku juga pada masa terdekat ini kerana rakyat umumnya sudah muak dengan mentaliti civil servant penguasa sekarang ini yang terkenal dengan “menantu” dan “tidur” sahaja.
Nyahlah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, mara terus!