Menteri Besar Perak menceritakan hal yang sebenarnya
Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, menceritakan apa yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei 2009.
Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, menceritakan apa yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei 2009.

Jika Khairy Jamaluddin ingin menghukum Nizar sebagai “penderhaka”, “pembelot bangsa” dan pelbagai lagi kata-kata yang begitu endearing, maka bagaimanakah kita harus menghukum sekumpulan penunjuk perasaan dari UMNO Terengganu yang membawa sepanduk berikut?

Adakah ini bukan penderhakaan kepada Sultan?
Baru mendapat berita bahawa ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un. Ucapan takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas pemergiannya.
Namun saya melihat ini ada hikmah di sebaliknya. Jika sebelum ini PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,566 undi, saya teramat yakin bahawa kali ini PAS boleh mendapat kerusi ini dengan majoriti yang sepuluh kali ganda daripada itu. Malah tidak mustahil, apabila kita mengambil kira kemarahan rakyat Perak atas kejadian rampasan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini, bahawa calon BN akan hilang wang pertaruhan.
Saya telah memadam beberapa komen yang jelas datangnya dari para penyokong UMNO/BN dengan kata-kata kesat dan sindiran terhadap pimpinan Pakatan Rakyat hanya disebabkan jatuhnya kerajaan negeri Perak. Saya mengambil tindakan ini bukan kerana saya anti-demokrasi atau tidak bersifat terbuka kepada kritikan, tetapi kalau inilah mentaliti yang ditunjukkan, saya rasa mereka ini tidak layak untuk melibatkan diri di dalam blog ini. Jadi ini adalah amaran saya: berbicaralah dengan beradab kalau ingin berdebat dan gunakan akal untuk berhujah, atau saya tidak akan teragak-agak memadam komen anda. Kurangnya adab dan ikhlaq dalam komentar yang diberikan menunjukkan betapa kurangnya perhatian ibubapa yang mendidik dan juga ilmu agama yang nipis.
Kasihan, sungguh kasihan!

Dari portal berita Malaysiakini:
MB, exco diarah kosong pejabat, serahkan kereta
Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
Konspirasi Babi Negara (BN) telah berjaya menjatuhkan sebuah kerajaan negeri yang dilantik secara demokratik. Najis Razak menggunakan cara najis untuk meraih sokongan najis-najis menubuhkan sebuah kerajaan negeri Barisan Najis. Eloklah itu.