
Lebih banyak gambar-gambar mengenai kekejaman tentera rejim Zionis ke atas para penduduk Gaza. Inilah “para pengganas” yang mereka ingin hapuskan rupanya! Gambar-gambar terbaru berikutnya adalah rakaman tragedi pengeboman dua bangunan sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana 40 orang kanak-kanak bersembunyi di situ. Semalam, tentera rejim telah mengebom sekolah-sekolah ini yang disangka selamat dari serangan udara, dan telah menyebabkan kematian kanak-kanak ini yang sungguh menyayat hati.
Saya harus memberi amaran bahawa sekiranya anda mengalami penyakit lemah jantung atau tidak boleh melihat mayat atas sebab-sebab tertentu, sila berhenti di sini dan tutup pelayan web anda.
Selanjutnya…
Incoming search terms:
- kepercayaan kepada tuhan gambar
- gambar tentang kepercayaan kepada tuhan
- gambar kepercayaan kepada tuhan
- gambar kanak-kanak di palestin
- gambar kematian
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
08 Jan

Memang perasaan sedih dan marah melanda diri saya apabila melihat keadaan rakyat Palestin di wilayah Genting Gaza yang kini sedang dicerobohi tentera negara haram Israel itu. Jumlah angka kematian sudah meningkat kepada lebih daripada 400 orang! Ini sudah boleh ditakrifkan sebagai suatu genocide, pembunuhan etnik secara terancang. Sekiranya ini berlaku di Eropah atau Amerika Syarikat, dunia sudah mula mengambil tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab melakukannya. Tetapi sehingga kini, tiada sekatan ekonomi atau pemulauan Israel secara politik dilakukan oleh dunia, khususnya dunia Islam. Negara-negara Arab gagal bersatu untuk mengambil tindakan yang boleh memaksa Israel mengundurkan tentera mereka dari Genting Gaza.
Keganasan Israel yang menyebabkan kegawatan Gaza sekarang ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hancurkan negara Israel dan haramkan ideologi Zionisme, itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan keamanan kepada Timur Tengah!
Incoming search terms:
- Keganasan Israel
- perang
- Peperangan yang sedih
- peperangan gaza
- peperangan di palestine
05 Jan

“Demonstrasi Mengecam Keganasan Rejim Zionis” bersama Pemuda PR, Jumaat 2 Januari 2009 di Masjid Negara selepas solat Jumaat. Dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMKM) dan YB Salahuddin Ayub (Ketua DPPP). Semua adalah dijemput hadir. Sekian.
Incoming search terms:
01 Jan