Marah seorang Tuan Guru

Nampaknya al-Murshid al-Am Parti Islam Se-Malaysia sudah marah benar dengan Timbalan Presiden parti sehinggakan mengeluarkan kenyataan “menghalau” beliau ke parti sekular itu, sekiranya masih bercakap soal “Kerajaan Perpaduan” ini. Walaupun saya sendiri menentang apa bentuk “perpaduan” dengan parti sekular itu, saya masih berfikiran terbuka mengenai soal Ustaz Nasha dan saya tidak memikirkan bahawa beliau adalah boneka parti sekular itu atau pun ada niat untuk menghancurkan Parti Islam Se-Malaysia. Kalau tidak percaya, bacalah sejarah PAS semasa di bawah pimpinan Datuk Asri Muda. Saya yakin Ustaz Nasha tahu dan sedar mengenainya.
Sebagai ahli PAS bernombor 824331, saya berharap benar agar al-Murshid al-Am berdamai dengan Timbalan Presiden. Kalau ada salah-faham, sila terangkan. Jika sudah terang, bersatulah kerana parti sekular itu hanya menunggu masa untuk membaham Parti Islam Se-Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

