Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Google PR adalah ego seorang pemblog

    googlepr Google PR adalah ego seorang pemblog

    Akhirnya kemaskini Google PageRank (PR) telah kembali lagi dan alhamdulillah, blog ini telah mendapat PR3, suatu pencapaian yang membanggakan setelah pemindahan blog ini daripada menj.org ke domain yang baru, ibnjuferi.org, dilaksanakan. Di dalam dunia internet, Google PageRank merupakan perkara yang sangat penting bagi seorang pemblog, kerana ia menentukan sama ada blognya hidup ataupun “nyawa-nyawa ikan” sahaja. Google PR adalah hasil teknologi Google yang dicapai apabila blog anda dipautkan daripada blog-blog yang lain. Lebih banyak blog yang membuat pautan kepada anda, lebih tinggilah Google PR anda dan blog anda akan mengatasi blog-blog lain untuk topik sasaran (niche) anda.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 1
    05 Apr

    Saya adalah seorang pemblog

    Secara kebetulan saya telah melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dan terjumpa akan perkakasan maya Carian Spesifik Kamus/Istilah. Maka saya telah memasukkan carian untuk perkataan “blog” dan inilah hasil carian tersebut.

    Istilah blog

    Sila war-warkan kepada semua bahawa istilah yang betul dan tepat untuk seorang penulis blog mengikut piawaian DBP adalah pemblog.

    Komen Anda? 0
    30 Okt