close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Cerita tiga bukit

Bukit Gantang di Perak, Bukit Selambau di Kedah dan sekarang Bukit Lanjan di Selangor. Tiga pilihanraya kecil boleh berlaku secara serentak. Apakah ini the beginning of the end bagi segerombolan kumpulan assabiyyah yang menjadi penguasa selama 51 tahun di bumi Malaysia ini?

Komen Anda? 0
17 Feb

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Baru mendapat berita bahawa ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un. Ucapan takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas pemergiannya.

Namun saya melihat ini ada hikmah di sebaliknya. Jika sebelum ini PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,566 undi, saya teramat yakin bahawa kali ini PAS boleh mendapat kerusi ini dengan majoriti yang sepuluh kali ganda daripada itu. Malah tidak mustahil, apabila kita mengambil kira kemarahan rakyat Perak atas kejadian rampasan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini, bahawa calon BN akan hilang wang pertaruhan.

Komen Anda? 0
09 Feb

Seribu satu alasan

Lucu apabila mengingatkan bahawa hanya beberapa hari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah penting bagi menentukan sama ada rakyat masih menyokong Barisan Nasional. Hari ini beliau memberi seribu satu alasan untuk menafikan implikasi keputusan pilihanraya kawasan P36.

Komen Anda? 0
19 Jan

Cahaya bulan purnama menyinari Kuala Terengganu

pas Cahaya bulan purnama menyinari Kuala Terengganu

Tala’al badru alayna (cahaya bulan telah datang kepada kami)! Keputusan pilihanraya kecil P36 telah disahkan oleh SPR dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut telah menang dengan undi majoriti 2,363 mengatasi calon dari UMNO/Barisan Nasional.

Tahniah kepada calon PAS yang telah berjaya menumbangkan UMNO/Barisan Nasional. Jelas bahawa Barisan Nasional sekarang sudah ditolak oleh rakyat. Sudahlah tsunami melanda tempoh hari, kini monsun pula telah tiba!

Komen Anda? 3
17 Jan

Cacing kepanasan di Permatang Pauh

Komen Anda? 0
24 Ogo
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes