Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Lagu rasmi parti-parti komponen Pakatan Rakyat

    Daripada kita bertengkar mengenai ideologi politik, mari kita melayan lagu-lagu rasmi parti masing-masing buat seketika.

    Lagu Rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

    Lagu Rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)

    Lagu Rasmi Parti Tindakan Rakyat (DAP)

    Teg: , ,
    Komen Anda? 1
    05 Feb

    Antara pengkhianat dan Menteri Besar

    Siapa sangka yang salah seorang daripada mereka akan menjadi Menteri Besar, dan seorang lagi akan menjadi pengkhianat besar yang menjatuhkan sebuah kerajaan demokratik di Perak?

    barisan alternatif perak Antara pengkhianat dan Menteri Besar

    Sebelum kemelut politik yang disebabkan oleh pengkhianat itu, dia telah berdiri bersebelahan Menteri Besar bersama-sama dengan barisan Perak untuk menentang kerajaan Barisan Nasional. Apakah yang sudah terjadi dengan bai’ah ini?

    Komen Anda? 1
    23 Mei

    Kerajaan Pakatan negeri Perak jatuh

    Kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi, saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya ahli-ahli PAS, bersabar dan tenang menghadapi musibah ini. Jelas sekarang bahawa Babi Negara (BN) sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah “menculik” ADUN-ADUN dan menawarkan “imbuhan” yang sangat tinggi (khabarnya setiap seorang mendapat RM50 juta) untuk memujuk mereka melompat parti.

    Ini suatu taktik yang sudah lapuk, ia berlaku sejak PAS mula-mula menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu buat pertama kalinya dalam tahun 1950-an. Kerajaan Terengganu PAS pada tahun 1959 hanya dapat bertahan selama setahun sebelum jatuh akibat undi tidak percaya. Kita juga maklum dengan kejatuhan kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pada tahun 1994 akibat “pembelian” Babi Negara (BN).

    Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang sedang berlaku ini, kita tidak tahu. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan, bukannya manusia.

    Komen Anda? 1
    04 Feb