
Setelah terpaksa dimasukkan ke dalam “wad ICU” selama tiga bulan akibat masalah teknikal yang serius dan tidak dapat dielakkan, akhirnya agregator blog tertua di Malaysia, iaitu Project Petaling Street, telah pulih seperti sediakala dan sudah kembali ke alam maya. Saya amat berharap agar para penulis blog di Malaysia meraikan kepulangan agregator blog ini ke dunia internet dengan menyertai dan memasukkan tulisan-tulisan blog terbaru ke laman web ini.
Incoming search terms:
- project petaling street a malaysia blog-tal
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
13 Dis

Minta maaf kerana masa tidak mengizinkan saya untuk mengemaskini blog ini disebabkan urusan mengendalikan Project Petaling Street dan mencari pengiklan untuk PPS. Kini PPS sudah berwajah baru, sesuai dengan konsep temanya yang ingin saya timbulkan iaitu “Wajah Dunia Blog Malaysia”. Kebetulan pula, temubual saya dengan pihak InfoMalaya telah diterbitkan di laman web mereka. Terima kasih kepada InfoMalaya yang sudi menemubual saya dan seterusnya memperkenalkan PPS kepada para pembaca mereka.
Anda boleh membaca temubual saya dengan InfoMalaya di sini.
Selanjutnya…
Incoming search terms:
- logo kemas
- project petaling street
- projek petaling street
16 Apr
Saksikan dahulu, berikan komen anda kemudian.

Ada sesetengah pihak (contohnya seperti si Penguin Gila itu) hanya tahu menghentam sesuatu rekabentuk laman web secara terbuka hanya disebabkan “kudeta” yang berlaku tempoh hari, tanpa menyedari bahawa ia masih di peringkat draf dan belum menjadi muktamad. Saya rasa itu mungkin sikap ibu bapa yang mendidik mereka yang berkenaan untuk menjadi begitu. Maka, disebabkan hal itu saya tidak dapat memaparkan rekabentuk baru yang kini sudah masuk peringkat draf ketiga.
Insya’ Allah, dalam sedikit masa lagi rekabentuk laman web tersebut akan dipaparkan dalam peringkat implementasi sepenuhnya.
04 Apr
Saya tidak menyangka bahawa seorang wartawan yang berkhidmat untuk Asia Sentinel boleh melakukan sesuatu perkara yang, pada saya, adalah begitu jelik, tidak beretika dan sungguh memalukan untuk kerjaya yang disandangnya. Saya pernah menghadiri kursus kewartawanan beberapa tahun yang lepas dan trainer yang mengajar kami pada waktu itu sering mengingatkan kami bahawa fakta-fakta harus disemak dan diteliti dahulu dari kedua-belah pihak sebelum mengeluarkan sesuatu laporan berita. Namun, Jed Yoong, yang merupakan seorang andartu yang sudah “hilang tarikan mata” (atau dalam kata lain, “ubat yang sudah tamat tempoh”), dengan hatinya yang begitu busuk dan buta kepada fakta mengeluarkan kenyataan untuk menyokong seorang pemfitnah dan penghina Islam yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Apa yang harus saya katakan lagi untuk menerangkan perkara yang sebenarnya?
Biarkanlah, biarkanlah! Saya sudah melepaskan tanggungjawab saya. Suatu hari, anda akan mampus juga (sama seperti semua manusia lain) dan anda akan berada di Padang Mahsyar untuk menerima pengadilan (sama seperti semua manusia lain). Jawablah nanti anda dengan Allah s.w.t. di sana nanti!
Incoming search terms:
24 Mac