
Saya terbaca berita dari Megat bahawa bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah meninggal dunia beberapa jam yang lepas. Inna lillah. Walaupun secara peribadi saya berpendapat bahawa beliau kurang memiliki karisma kepimpinan semasa beliau menjadi Presiden, namun saya tetap menghormati beliau sebagai seorang yang mempunyai pendidikan Islam dan dikenali sebagai seorang pemikir Islam yang ulung.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
31 Dis

Tahniah kepada Sen. Barack Obama kerana telah disahkan menang merebut jawatan Presiden dan bakal menduduki Rumah Putih tidak lama lagi. Sekarang beliau harus mengotakan janji-janjinya untuk membawa perubahan kepada rakyat Amerika Syarikat khususnya dan masyarakat dunia amnya. Walaupun ini merupakan pilihanraya umum untuk memilih Presiden Amerika Syarikat, namun keputusan dari pilihanraya ini akan dirasai oleh sesiapa pun di mana-mana tempat di dunia disebabkan kedudukan AS sebagai kuasa besar dunia hari ini.
Tahniah sekali lagi dan semoga keputusan ini merupakan pilihan yang tepat oleh rakyat AS yang cintakan keamanan.
05 Nov