
Saya sebenarnya masih tercegat kebingungan apabila mendapat tahu tentang berita ini. Adakah ada sesuatu fenomena misteri melibatkan para ADUN dan Ahli Parlimen yang menyebabkan mereka ini “pendek umur”? Atau adakah ini suatu petanda daripada Allah SWT? Ia sukar dijawab buat masa ini.
Yang pastinya, DUN Merlimau akan menyaksikan pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat, sama seperti apa yang akan berlaku di DUN Tenang.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
21 Jan

Satu-satunya ADUN Pulau Pinang dari PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, telah meninggal dunia di IJN pagi tadi. Ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarham. Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di Pulau Pinang tidak lama lagi.
Mengingat kembali kenyataan Najib mengenai pilihanraya kecil, adakah ini suatu petanda daripada Allah s.w.t. untuk menghukum keangkuhan tempoh hari?
31 Jul