Video ini memaparkan seorang anak gadis kecil warga Palestin mendeklamasikan sebuah qasidah Arab yang pada saya, sungguh indah dan sedih apabila maksudnya dihayati. Walaupun saya tidak memahami Bahasa Arab, sesiapa pun boleh menghayati bunyi-bunyian bahasanya. Bahasa Arab memang adalah sebuah bahasa yang sangat indah dan mendalam maksudnya, maka tidak hairanlah mengapa Allah s.w.t. menurunkan al-Qur’an di dalam Bahasa Arab.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
(Sempena berakhirnya riwayat politik Perdana Menteri yang paling lemah di dalam sejarah Malaysia)
Dari Perlis hingga ke Sabah
dari menteri hingga ke petani
semuanya mengucapkan:
“Selamat tinggal, Lah!”
Apakah begitu senang dilupakan
si Bapa Mertua kepada Rembau
nepotismemu dengan Scomi dan ECM-Libra
obsesi BSA Tahir hingga oil-for-food PBB
tidak mungkan menjadi lemau
Oh, jangan lupa pada PGCC
atau kelucuan jambatan itu
(dari bengkok menjadi indah
dari indah menjadi mewah
kemudian terbatal dengan sendiri!)
Hancurlah negeri, hancur!
Selamat tinggal, Lah
tidak mungkin kami merinduimu!
selamat datang, Najib
dengan skandal Altantuyamu!
Lalu betina itu pun merintih:
apa hakmu si penulis?
menyingkap dasar agama masehi
mengimbau tawarikh silam
mengupas doktrin perbandingan
mengutuk kesesatan liberal
apa hakmu?
Lalu aku menjawab
apa pedulimu si betina?
inilah hakku sebagai Muslim:
menyingkap kebenaran adalah Islam
mengimbau kesilapan adalah Islam
mengupas kesesatan adalah Islam
mengutuk kebatilan adalah Islam
apa pedulimu?