close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang

Pada 3 Februari 2010, satu sidang media telah diadakan di KOMTAR bagi menjelaskan keadaan sebenar isu perobohan gerai di Pulau Pinang. Malang sekali, pihak media tidak langsung melaporkan angka-angka ini dengan jelas dan menyebabkan salah-faham masih memuncak.

Justeru, bersama dengan ini saya sertakan kenyataan media tersebut bagi memberikan penjelasan kepada semua mengenai keadaan sebenar di Pulau Pinang: Kenyataan Media: Isu Perobohan Gerai di Pulau Pinang

Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Incoming search terms:

  • isu di pulau pinang
  • isu pulau pinang
  • keadaan sebenar di pulau pinang
  • keadaan sebenar pulau pinang
Komen Anda? 0
07 Feb

Namakan semula “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang

map sas Namakan semula Jalan Sultan Azlan Shah di Pulau Pinang

Apa yang telah berlaku sudah pun berlaku, pengkhianat sedang ketawa meraikan kemenangan “menikam” kerajaan negeri Pakatan Perak dari belakang dan sebuah kerajaan negeri haram yang tidak dilantik oleh rakyat akan mengangkat sumpah pada petang ini. Walaupun pelbagai saranan, kritikan dan rayuan dibuat, namun Sultan Perak nampaknya tidak dapat (atau tidak mahu mendengar) suara rakyat yang meminta belas ihsan dari baginda untuk membubarkan DUN dan membenarkan pilihanraya negeri diadakan.

Oleh itu saya sarankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat menterjemahkan bantahan mereka dengan membuang nama “Sultan Azlan Shah” di sebatang jalan raya besar di Bayan Baru menuju ke Gelugor. Tidak ada gunanya kita menamakan jalan itu sempena nama seorang Sultan yang tidak mahu melakukan sesuatu untuk membetulkan ketidakadilan ini. Namakan semula jalan besar “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang kepada nama “Jalan Ir. Mohd Nizar Jamaluddin”.

Bagaimana, adakah anda berani melakukannya untuk menunjukkan solidariti dengan pimpinan Pakatan di Perak?

Incoming search terms:

  • jalan sultan azlan shah
  • JLN SULTAN AZLAN SHAH
  • nama sultan pulau pinang
  • peta jalanraya pulau pinang
  • prosedur menamakan jalan
Komen Anda? 8
06 Feb
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes