Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.
Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.
Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Tahniah dan syabas kepada wira-wira negara yang berhimpun semalam di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kezaliman ISA. Malangnya saya tidak dapat menyertai disebabkan hal peribadi, namun saya berpendirian bahawa demonstrasi adalah sebahagian daripada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.
Memang dijangkakan bahawa DSAI akan menang di Permatang Pauh, tetapi saya tidak menyangka bahawa ia adalah dengan majoriti landslide dengan jumlah yang begitu besar. 31,195 undi bukannya jumlah yang sedikit.
Tahniah kepada DSAI di atas kejayaan ini. Rakyat bersama anda! Terus mara ke Putrajaya!