Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Salam Maulidur Rasul 1431H

    maulidur rasul Salam Maulidur Rasul 1431H

    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pada hari keputeraan baginda, bersamaan 12 Rabi-ul Awwal 1431H. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Qur’anul Karim, Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

    “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.”

    Malang yang pada masa kini, orang Islam kian alpa dan puak-puak anti-Islam semakin menggila menghina dan menabur fitnah tentang baginda. Keadaan ini hanya boleh berubah sekiranya umat Islam kembali kepada mauduk dan berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah baginda s.a.w. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah s.w.t. pada hari keputeraan Rasul-Nya yang terakhir dan dijauhi daripada fitnah dan kesesatan orang-orang kafir.

    Ya Nabi salam ‘alaika, Ya Rasul salam ‘alaika, Ya Habib Salam ‘alaika, Solawatullah ‘alaika….

    Komen Anda? 1
    26 Feb

    Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta

    Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Bukhari mengenai kesaksian seorang pendeta Yahudi yang bernama Abdullah bin Salam berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan menyatakan keIslamannya. Ia juga mendedahkan sikap kaum Yahudi yang kuat berdusta yang diakui sendiri oleh beliau. Katanya:

    “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

    Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka:

    “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?”

    Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”.

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”

    Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”.

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”

    Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah.” Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

    Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta.”

    Nah, apa bezanya perangai mereka lebih 1400 tahun dahulu dengan sikap mereka pada hari ini?

    Komen Anda? 0
    23 Jan

    Adibah Ahmed pula

    adibah ahmed screenshot Adibah Ahmed pula

    Belum lagi selesai kes Adibah Ahmad yang dicuri identitinya oleh seorang penyangak Islamfobia, malam tadi saya temui blog baru di adibahahmed.blogspot.com (dengan kesalahan ejaan yang disengajakan) dan saya memaklumkan Rohaizad mengenai perkara ini. Tidak ada beza kandungan blog ini yang mempunyai modus operandi yang sama dengan blog terdahulu. Saya kira orang ini memang menghidapi penyakit mental yang serius kerana berterusan menghina Rasulullah s.a.w. walaupun blog yang telah dimulakannya tidak lama dahulu sudah ditutup oleh pihak Blogger.

    Seperti biasa, tindakan kita adalah untuk FLAG blog ini beramai-ramai sehingga pihak Blogger menutupnya.

    Komen Anda? 3
    01 Jan