Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Occupation 101

    Occupation 101

    Occupation 101 adalah sebuah dokumentari mengenai konflik Israel-Palestin and kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin di bawah penjajahan kejam rejim Zionis itu. Anda akan berasa cukup terkesan selepas melihat dokumentari ini.

    Mahu melihatnya? Anda boleh menggunakan aplikasi Bittorrent untuk memuat turun fail dokumentari .avi ke komputer anda. Muat turun fail .torrent tersebut di sini.

    Komen Anda? 1
    07 Dis

    Antara kegawatan Gaza dan keganasan Israel

    perang gaza jan5 Antara kegawatan Gaza dan keganasan Israel

    Memang perasaan sedih dan marah melanda diri saya apabila melihat keadaan rakyat Palestin di wilayah Genting Gaza yang kini sedang dicerobohi tentera negara haram Israel itu. Jumlah angka kematian sudah meningkat kepada lebih daripada 400 orang! Ini sudah boleh ditakrifkan sebagai suatu genocide, pembunuhan etnik secara terancang. Sekiranya ini berlaku di Eropah atau Amerika Syarikat, dunia sudah mula mengambil tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab melakukannya. Tetapi sehingga kini, tiada sekatan ekonomi atau pemulauan Israel secara politik dilakukan oleh dunia, khususnya dunia Islam. Negara-negara Arab gagal bersatu untuk mengambil tindakan yang boleh memaksa Israel mengundurkan tentera mereka dari Genting Gaza.

    Keganasan Israel yang menyebabkan kegawatan Gaza sekarang ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hancurkan negara Israel dan haramkan ideologi Zionisme, itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan keamanan kepada Timur Tengah!

    Komen Anda? 2
    05 Jan