
Alhamdulillah dengan izin Allah ta’ala maka selesailah sudah pembaikan semula rekabentuk laman web biografi Ismail Faruqi Online (IFO) yang telah pun beroperasi sejak semalam. Dengan ini, IFO dilancarkan semula secara rasmi pada hari ini. Almarhum Dr. Faruqi adalah seorang tokoh Islam yang tiada bandingan dan hari ini dunia Islam masih merasai pemergian almarhum yang kembali ke rahmatullah dalam tahun 1986.
Silalah lawati laman web Ismail Faruqi Online untuk mengenali beliau dengan lebih dekat serta dasar pemikiran beliau di dalam ilmu perbandingan agama dan Islamization of Knowledge.
26 Apr
Saksikan dahulu, berikan komen anda kemudian.

Ada sesetengah pihak (contohnya seperti si Penguin Gila itu) hanya tahu menghentam sesuatu rekabentuk laman web secara terbuka hanya disebabkan “kudeta” yang berlaku tempoh hari, tanpa menyedari bahawa ia masih di peringkat draf dan belum menjadi muktamad. Saya rasa itu mungkin sikap ibu bapa yang mendidik mereka yang berkenaan untuk menjadi begitu. Maka, disebabkan hal itu saya tidak dapat memaparkan rekabentuk baru yang kini sudah masuk peringkat draf ketiga.
Insya’ Allah, dalam sedikit masa lagi rekabentuk laman web tersebut akan dipaparkan dalam peringkat implementasi sepenuhnya.
04 Apr
Daripada hanya berbicara mengenai isu PPSMI, kita beralih pula kepada sebuah projek sosial yang sedang saya perkembangkan. Laman web Ismail Faruqi Online adalah laman web biografi mengenai tokoh pemikir ulung Islam ini yang berasal dari Palestin dan menetap di Amerika Syarikat. Di sana, beliau telah menulis pelbagai makalah dan buku mengenai pemikiran Islam dan perbandingan agama. Antaranya karya-karyanya yang terulung adalah Christian Ethics dan Tawhid: Its Implications For Thought and Life. Ini adalah rekabentuk laman web tersebut yang sudah hampir sampai ke kemuncaknya.

Hanya sedikit sahaja lagi pembetulan yang perlu dibuat sebelum ia dimuktamadkan. Jika anda ada sebarang komen mengenai rekabentuk baru Ismail Faruqi Online, silalah maklumkan kepada saya.
12 Mac
Inilah tema baru “berkembar” yang akan digunakan untuk Critical Thoughts versi Bahasa Inggeris. Perubahan yang paling besar dari tema asal di sana adalah peralihan kepada wajah yang lebih Islamik serta logo “baru” yang akan menjadi simbol rasmi bagi projek-projek saya yang berkaitan dengan Islam (fungsinya adalah sama seperti the helix).

Jika anda ada komen tentang tema WordPress yang baru ini, sila tinggalkan di bawah.
19 Dis
Ini adalah prototaip rekabentuk (alpha) tema WordPress untuk penampilan baru Awinsjclarke Blog.

Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komentar jika ada.
10 Nov