Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Main rogol-rogol

    Terima kasih Pak Lah, kerana menyumbang kepada kebejatan gejala sosial seperti ini.

    Jika selama ini “main masak-masak” atau “main kahwin-kahwin” begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan “main rogol-rogol” sangat menggemparkan.

    “Permainan” yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

    Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

    Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

    Haruskah kanak-kanak yang berumur sebelum akil baligh dipersalahkan sekiranya keadaan persekitaran yang bersifat sekular dan pendidikan agama yang terbatas dan tidak dipraktikkan oleh orang dewasa di keliling mereka tidak mendidik mereka bahawa melakukan perhubungan seks sebelum bernikah adalah haram?

    Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.

    Komen Anda? 3
    26 Ogo