close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Katak yang melompat

Kadang-kadang yang datang,
angin malam membawa salam.
kadang-kadang pula yang tiba gerimis,
salah waktu dipucuk malam ,
mana mungkin pelangi.

Kadang-kadang cuma nyanyi pungguk,
merajuk bulannya entah di mana menyorok.
apa pun juga aku sudah biasa,
meredah gelita malam yang angkuh begini.

Ku tunggu pagi bas datang dari pekan
membawa akhbar harian:
Berita betapa satu demi satu,
si anak gampang mengkhianati amanah,
berlompatan melintas sempadan,
dengan berbagai alasan
yang amat meloyakan.

Hei pelacur pukimak,
janganlah memperkonon kami.
kami tahu sekarang,
kamu sudah jadi jutawan mee maggie,
menjual undi yang kami sedekahkan padamu.

Wahai anak gampang,
Tak tahukah engkau,
bahawa laknat Allah menantimu
Allahu Akhbar!

sipolan Katak yang melompat

Incoming search terms:

  • katak yang angkuh
Teg: ,
Komen Anda? 0
16 Apr

Qasidah untuk Palestin

Video ini memaparkan seorang anak gadis kecil warga Palestin mendeklamasikan sebuah qasidah Arab yang pada saya, sungguh indah dan sedih apabila maksudnya dihayati. Walaupun saya tidak memahami Bahasa Arab, sesiapa pun boleh menghayati bunyi-bunyian bahasanya. Bahasa Arab memang adalah sebuah bahasa yang sangat indah dan mendalam maksudnya, maka tidak hairanlah mengapa Allah s.w.t. menurunkan al-Qur’an di dalam Bahasa Arab.

Komen Anda? 0
16 Mac

Perbandingan

Lalu betina itu pun merintih:
apa hakmu si penulis?
menyingkap dasar agama masehi
mengimbau tawarikh silam
mengupas doktrin perbandingan
mengutuk kesesatan liberal
apa hakmu?

Lalu aku menjawab
apa pedulimu si betina?
inilah hakku sebagai Muslim:
menyingkap kebenaran adalah Islam
mengimbau kesilapan adalah Islam
mengupas kesesatan adalah Islam
mengutuk kebatilan adalah Islam
apa pedulimu?

Bandar Tun Hussein Onn
2006

Teg: ,
Komen Anda? 1
19 Dis

Titik

Bermula daripada satu titik (.)
maka
tersingkaplah suatu pengembaraan.

Perjalanan menyelusuri denai cabaran
mengutip cebis-cebis pengalaman
untuk mewarnai perca akli
tersimpan dalam cangkelangmu…galaslah ia
agar menjadi pedoman hidup
menuju ke titik (.) yang abadi.

Bandar Tun Hussein Onn
2004

Teg:
Komen Anda? 0
27 Nov
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes