close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

“Seksualiti Merdeka”? Apa yang hendak dimerdekakan?

kota sadom Seksualiti Merdeka? Apa yang hendak dimerdekakan?

Saya tidak faham kenapa ada sesetengah manusia, yang kononnya mahu “bebas” daripada kongkongan agama dan konteks sosial, dengan begitu bangga sekali mahu mengaku bahawa dia seorang “gay” (homoseks). Pada saya homoseksual adalah sesuatu yang tidak normal. Orang yang mengaku homoseksual secara tegar adalah seorang yang mempunyai penyakit psikologi yang serius. Ini bukan sahaja diiyakan oleh ajaran agama semata-mata, tetapi juga oleh organisasi psikologi seperti NARTH yang telah menerbitkan pelbagai makalah cemerlang yang anda boleh baca dan selidik sendiri mengenai isu LGBT.

Yang pasti, lelaki bernama Azwan Ismail adalah manusia paling dibenci di Malaysia disebabkan pengakuan “berani” beliau di dalam YouTube. Tetapi, seperti penyakit Down’s Syndrome atau Autism, mereka yang mengaku “gay” berpenyakit dan harus dikasihani dan dirawati. Bukannya dilepaskan dan diisytihar sebagai “seksualiti merdeka”!

Incoming search terms:

  • seksualiti merdeka
  • komen seksualiti merdeka
  • merdeka homoseks
  • seksualiti merdeka blog
  • merdeka homoseksual
Komen Anda? 3
24 Dis

Main rogol-rogol

Terima kasih Pak Lah, kerana menyumbang kepada kebejatan gejala sosial seperti ini.

Jika selama ini “main masak-masak” atau “main kahwin-kahwin” begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan “main rogol-rogol” sangat menggemparkan.

“Permainan” yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Haruskah kanak-kanak yang berumur sebelum akil baligh dipersalahkan sekiranya keadaan persekitaran yang bersifat sekular dan pendidikan agama yang terbatas dan tidak dipraktikkan oleh orang dewasa di keliling mereka tidak mendidik mereka bahawa melakukan perhubungan seks sebelum bernikah adalah haram?

Incoming search terms:

  • main rogol-rogol
  • permainan rogol
  • main rogol
  • main rogol rogol
  • permain rogol
Komen Anda? 3
26 Ogo
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes