Jika inilah mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak Malaysia, saya yakin dan menaruh harapan bahawa pasukan kebangsaan mampu menerajui bolasepak Asia seperti yang telah dilakukan oleh Ghani Minhat, Santokh Singh, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Inilah caranya untuk bermain bolasepak!
Soal kalah atau menang adalah soal kedua, yang penting ialah semangat berlawan yang telah ditunjukkan. Sama ada ini kekal menjadi ciri konsisten atau hanya untuk waktu ini, saya tidak dapat menjawabnya sehingga perlawanan kedua Manchester United lwn Malaysia pada Isnin ini.
Kebetulan saya terjumpa video lagu tema dari siri rancangan bola tampar Jepun yang dialih-bahasa ke dalam Bahasa Melayu, bertajuk Maero Attack, di portal video YouTube. Saya masih ingat lagi bahawa saya amat meminati rancangan tersebut, sehinggakan pada suatu ketika saya melibatkan diri di dalam sukan bola tampar disebabkan terpengaruh dengan rancangan ini. Kisahnya secara ringkas adalah mengenai seorang pemain bola tampar wanita yang ingin menjadi seorang juara di dalam sukan bola tampar, dan menggunakan teknik-teknik “khas” yang amat menarik mata memandang.
Sayangnya rancangan ini tidak ditayangkan lagi. Bilalah agaknya RTM akan menayangkannya semula?
Kemaskini: Saya terjumpa pula dengan artikel ini mengenai seorang penulis blog yang menceritakan pengalamannya dengan Maero Attack.