
Meluat saya melihat menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, yang bertindak sebagai samseng jalanan setelah berdegaq-degaq (istilah orang utara) menyatakan bahawa demonstrasi adalah bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. Kalau beliau sendiri yang buat, dibolehkan, tetapi orang lain tidak boleh?
Mengenai isu “derhaka” kepada Sultan pula, siapa yang boleh melupakan kumpulan manakah yang menyelar Sultan Terengganu dengan panggilan “Natang” (binatang)? Ini bukan soalan kuiz, ini adalah soalan retorik yang sudah jelas jawapannya. Siapakah yang menabalkan “Sultan Kelantan” baru pada tahun 1993 dengan tujuan untuk menghina Istana Kelantan? Siapakah yang mencetuskan krisis perlembagaan Raja-raja Melayu pada tahun 1983 dan tahun 1992, sehinggakan kedudukan mereka diaibkan dengan sebegitu rupa sekali? Kita sudah maklum bahawa jawapannya hanya satu.
Pepatah Inggeris ada menyatakan: “Pot calling the kettle black”.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
11 Feb

Ampun Tuanku, sembah patik beribu ampun, patik junjung di atas batu jemala patik. Mohon Tuanku memperkenankan patik merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan negeri Perak dan seluruh jajahan takluknya.
Adapun patik ingin memohon sembah, agar Tuanku dengan kebijaksaan yang ada pada Tuanku, menimbang semula keputusan untuk menyerahkan pentadbiran kerajaan negeri kepada Barisan Nasional. Tiadalah patik yang hina ini ingin melihat Tuanku murka kerana kebiadapan patik menyatakan hal yang sebenarnya; cuma patik berharap dengan kuasa yang berada di tangan Tuanku, dipohon agar Tuanku dapat memberikan keputusan yang adil untuk permasalahan pentadbiran kerajaan negeri.
Ampun Tuanku.
Sila nyatakan isi hati anda kepada Sultan dan Yang di-Pertuan negeri Perak secara maya di sini.
Incoming search terms:
- gambar sultan perak
- GAMBAR PERAK
- sultan perak sekarang
- junjung di atas batu jemala patik
- warkah rasmi kepada sultan
05 Feb