
Saya masih berada di Johor Bahru atas sebab urusan peribadi dan hanya akan pulang ke negeri Selangor Darul Ehsan esok. Sementara itu, jika anda telah melayari ke blog ini disebabkan polemik dangkal yang dibawa khas kepada anda oleh ateis penyangak bernama Surind, sila rujuk kepada jawapannya di sini.
Tambahan: Cara alternatif untuk nyahkan blog penyangak itu dari dunia Internet.
09 Dis

Aidiladha jatuh pada hari esok tetapi nampaknya seorang penulis blog yang jelas sifat Islamofobia-nya telah menerbitkan catatan polemik berbaur fitnah bertajuk “The Hajj: The Most Shameful Journey in History” (Ibadah Haji: Perjalanan Paling Memalukan Dalam Sejarah). Jelas bahawa kenyataan ini berbaur fitnah dan bertujuan untuk menaikkan kemarahan umat Islam dengan tajuk berbaur provokatif seperti ini.
Mari kita seluruh umat Islam di Malaysia, yang akan merayakan Hari Raya Korban pada hari esok, bergegas ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan polis terhadap Surind. Terima kasih kepada saudara Hasbullah Pit kerana menyiarkan berita ini.
07 Dis