Salam Ma’al Hijrah 1430H

Sempena 1 Muharram 1430H yang jatuh pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca saya dan seluruh umat Islam di dunia. Dalam beberapa hari lagi genaplah setahun blog ini dimulakan. Pada asalnya saya memulakan penulisan blog ini di dalam Bahasa Inggeris; namun atas sebab-sebab tertentu saya telah memindahkannya ke domain lain dan setelah mengambil beberapa bulan memikirkan baik-buruk untuk memulakan sebuah blog di dalam Bahasa Melayu, maka saya pun memulakannya dan sejak itu saya tidak berpaling ke belakang lagi.
Boleh dikatakan inilah “penghijrahan” saya yang paling signifikan….iaitu menulis blog di dalam bahasa kebangsaan yang selama ini saya abaikan. Apakah penghijrahan anda yang paling bermakna pada tahun lepas?

