close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Mat Sabu, baik kamu diam tentang Bukit Kepong!

bukit kepong heroes Mat Sabu, baik kamu diam tentang Bukit Kepong!

Saya benar-benar marah dengan apa yang telah berlaku. Manusia Syiah durjana bernama Mat Sabu ini adalah orang yang bebal dan telah menyatakan sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun sebelum dia membuka mulutnya. Ini adalah antara sebab mengapa saya lebih suka jika Ustaz Nasha memegang jawatan tertinggi di dalam PAS daripada si bebal yang buta sejarah ini. Untuk meringkaskan apa yang saya fikir: ya, memang benar bahawa para anggota polis di Bukit Kepong “diberi gaji” oleh pihak British. Tetapi pengganas Komunis dengan ideologi ateis mereka yang jahat adalah masalah yang lebih besar daripada pihak British yang kelihatan lebih adil dan sentiasa menitik-beratkan kebajikan Tanah Melayu pada waktu itu. Antara kedua-duanya, Islam sentiasa menyuruh untuk lebih kepada “kejahatan” yang lebih kecil. Oleh itu di dalam hal ini, para anggota polis yang telah mengorbankan nyawa dan keluarga mereka ketika menahan asakan komunis di Bukit Kepong adalah wira-wira sebenar untuk Tanah Melayu, bukannya “Mat Indera” dan kumpulan pengganas yang dipimpinnya.

Apakah sudah jelas sekarang, Mat Sabu? Maka tutuplah mulut kamu dan baik kamu diam sekarang, sebelum anda menyebabkan kerosakan yang lebih berat kepada PAS dan dan menyebabkan PAS hilang undi-undi penting daripada orang-orang Islam. Ini datangnya daripada saya yang merupakan ahli seumur hidup PAS. Saya membebaskan diri saya sendiri dan ahli-ahli PAS yang lain daripada komentar yang dibuat oleh si bebal ini mengenai Bukit Kepong.

Incoming search terms:

  • bukit kepong
  • bebal
  • sejarah bukit melawati
  • mat sabu syiah
  • tetang sabu
Komen Anda? 3
01 Sep

Apabila pendatang menjadi isu

Apabila sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak bangsa Melayu (tetapi sebenarnya mendokong fahaman assabiyyah) memainkan isu perkauman dan menganggap kaum lain sebagai “pendatang”, maka amat jelas pada saya bahawa mereka mengharapkan untuk meraih simpati orang Melayu/Islam dan bermain dengan sentimen untuk menarik sokongan kepada mereka. Sejarah sememangnya tidak menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu/Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia selepas kemasukan Sabah/Sarawak/Singapura, tetapi tegaknya bangsa Melayu di sini adalah kerana Islam yang dipertahankan dan nilai-nilai Syariah yang ditegakkan, bukannya disebabkan ketaksuban kepada sesuatu bangsa dan melabel orang lain sebagai “pendatang”.

Zaman telah berubah dan politik perkauman sudah hilang taringnya. Jika mereka yang berfahaman assabiyyah tidak memahami hakikat ini maka akan tiba masanya apabila mereka dinyahkan daripada Putrajaya.

Komen Anda? 2
09 Sep
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes