
Seperti biskut! Itu yang saya dapat katakan apabila saya mendapati bahawa talian Internet saya kini sedang mengalami gangguan. Sekejap ada dan sekejap lagi ia terputus dan hilang begitu sahaja. Masalah ini berlaku sejak malam tadi. Pada mulanya saya ingatkan bahawa ini adalah masalah sementara yang boleh diselesaikan oleh pihak TM Net pada keesokkan harinya. Namun masalah ini terus berlaku sehingga ke hari ini. Saya akan failkan laporan masalah Internet kepada mereka sekiranya ia berterusan sepanjang hari.
Tambahan: Saya membuat laporan masalah Streamyx dengan nombor report 1-4122858524 pada pukul 2.15 petang. Keadaan talian nampaknya sudah kembali pulih pada pukul 9 malam.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
20 Dis

Menyahut cabaran dari Rohaizad, saya membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Blogging 2008 yang telah dimulakan oleh beliau. Saya tidak dapat mulakan cabaran ini dengan lebih awal kerana masalah konek-syen yang disebabkan oleh kegilaan TM Nut, yang mengakibatkan saya terputus hubungan dengan dunia luar selama lima hari. Ya, anda telah membacanya dengan betul….lima hari!
Nasib baik kerja-kerja sebelum ini diletakkan dalam cold storage disebabkan hari perkahwinan adik saya yang bakal tiba tidak lama lagi. Kalau ini berterusan, alamat sudah lingkuplah bisnes saya dan kerjaya saya sebagai seorang Usahawan Internet akan berkubur begitu sahaja. Apapun, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya mulakan cabaran blogging 2008 dan akan membuat sekurang-kurangnya satu entri setiap hari sehinggalah tamat tempoh cabaran.
19 Nov