Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Separuh-separuh

    Agak lucu juga bila saya membaca artikel ini yang kononnya ditulis oleh seorang “ustaz” dari UMNO. Beliau menuduh TG Nik Aziz sebagai “ketam mengajar anaknya berjalan” dan konteks kenyataan TG Nik Aziz diambil “separuh-separuh”. Sedangkan selama ini TG begitu konsisten dalam menyatakan bahawa selagi mana UMNO tidak kembali ke landasan Islam, selama itulah mereka adalah sesat.

    Tetapi bukan itu yang menyebabkan saya tergelak dan menggeleng kepala melihat artikel ini. Di akhir tulisannya, “Ustaz Umno” ini menulis seperti berikut:

    Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org

    Soalnya….selama ini, siapakah yang mengambil Islam “separuh-separuh” dengan mengabaikan hukum Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dan Sunnah? Tidakkah ini sungguh melucukan? Menembak kaki dengan senapang sendiri nampaknya!

    Komen Anda? 0
    30 Sep

    Marah seorang Tuan Guru

    ustaz nasha Marah seorang Tuan Guru

    Nampaknya al-Murshid al-Am Parti Islam Se-Malaysia sudah marah benar dengan Timbalan Presiden parti sehinggakan mengeluarkan kenyataan “menghalau” beliau ke parti sekular itu, sekiranya masih bercakap soal “Kerajaan Perpaduan” ini. Walaupun saya sendiri menentang apa bentuk “perpaduan” dengan parti sekular itu, saya masih berfikiran terbuka mengenai soal Ustaz Nasha dan saya tidak memikirkan bahawa beliau adalah boneka parti sekular itu atau pun ada niat untuk menghancurkan Parti Islam Se-Malaysia. Kalau tidak percaya, bacalah sejarah PAS semasa di bawah pimpinan Datuk Asri Muda. Saya yakin Ustaz Nasha tahu dan sedar mengenainya.

    Sebagai ahli PAS bernombor 824331, saya berharap benar agar al-Murshid al-Am berdamai dengan Timbalan Presiden. Kalau ada salah-faham, sila terangkan. Jika sudah terang, bersatulah kerana parti sekular itu hanya menunggu masa untuk membaham Parti Islam Se-Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

    Komen Anda? 1
    17 Jun

    Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

    tg nik aziz blog Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

    Menarik apabila saya mendapat tahu bahawa blog rasmi TG Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, telah berjaya dilancarkan. Sila lawati Dari Sudut Perspektif untuk melihat blog Tuan Guru yang baru ini.

    Komen Anda? 2
    28 Mac

    Kenyataan TG Nik Aziz mengenai peralihan kuasa 16/9

    RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

    1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

    2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan oleh Muktamar secara “standing ovation”.

    3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 0
    17 Sep

    Seorang mukmin tidak disengat dari lubang yang sama dua kali

    Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, memberi pandangannya menolak sebarang rundingan kerjasama antara PAS dan UMNO. Tuan Guru memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “lâ yuldighu-l mu’minû min juhrin marratayn” yang bermaksud “Seorang mukmin tidak disengat dari lubang [yang sama] dua kali”.

    Komen Anda? 0
    16 Jun