Twitter sebagai alat penyebaran dakwah

Pada mulanya saya tidak berapa mengambil tahu tentang jaringan sosial ini. Tetapi sejak saya mendaftar akaun untuk Twitter beberapa bulan lepas, saya telah mula sedar bahawa Twitter adalah sebuah aplikasi yang menarik dan pantas untuk menghantar mesej dan berita kemaskini kepada mereka yang melanggan pada akaun saya.
Konsepnya amat mudah: cuma daftarkan akaun Twitter anda dengan username pilihan anda, selepas itu anda war-warkan atau tambahkan seberapa ramai pengikut (followers) kepada akaun Twitter anda. Kemudian anda teruskan kepada kemaskini pendek Twitter, sama ada menggunakan servis Twitter di laman web mereka, atau pun aplikasi Twitter daripada pihak ketiga seperti Twhirl, contohnya. Sekiranya anda membuat kemaskini yang menarik, tentunya akan ada yang akan menjadi follower kepada akaun anda, malah anda boleh menarik trafik ke blog anda sekiranya anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
Incoming search terms:
- dakwah di twitter
- penyebaran dakwah

