Pemuda PAS Perak berikrar, bersetia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen para pengundi Perak dan akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Agak lucu juga bila saya membaca artikel ini yang kononnya ditulis oleh seorang “ustaz” dari UMNO. Beliau menuduh TG Nik Aziz sebagai “ketam mengajar anaknya berjalan” dan konteks kenyataan TG Nik Aziz diambil “separuh-separuh”. Sedangkan selama ini TG begitu konsisten dalam menyatakan bahawa selagi mana UMNO tidak kembali ke landasan Islam, selama itulah mereka adalah sesat.
Tetapi bukan itu yang menyebabkan saya tergelak dan menggeleng kepala melihat artikel ini. Di akhir tulisannya, “Ustaz Umno” ini menulis seperti berikut:
Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org
Soalnya….selama ini, siapakah yang mengambil Islam “separuh-separuh” dengan mengabaikan hukum Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dan Sunnah? Tidakkah ini sungguh melucukan? Menembak kaki dengan senapang sendiri nampaknya!
Masihkah anda ingat dengan manusia ini? Ya, Zainuddin “Goblok” Maidin sudah kembali, kononnya untuk menulis dan menerbitkan buku memoirnya setelah “bersara” daripada politik (sebenarnya bukan bersara, beliau kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 di kerusi Parlimen Sungai Petani).
Di dalam temubualnya dengan The Star, beliau menyatakan bahawa beliau mempelajari Bahasa Inggeris ketika berumur 17 tahun. Anda boleh mendengar sendiri kualiti penguasaannya di dalam bahasa tersebut di dalam video ini.
Ya, kita tahu bahawa puak-puak UMNO/BN ini memang alergi apabila mendengar khutbah Jumaat mengenai isu pemerintahan yang adil, telus dan amanah. Maka disebabkan itu, seorang imam di Bukit Damansara dipecat kerana menyeru kerajaan ke arah tersebut.
Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada “pemerintahan adil, telus dan cara yang betul” pada Februari lalu.
Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.
Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.
Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.
Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut – beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 – yang mendengar khutbah.
Jika ada ahli-ahli PAS yang berfraksikan UMNO masih memikirkan bahawa muqabalah/muhabalah dengan UMNO sesuatu yang perlu dilakukan, fikirkan kembali! UMNO sememangnya parti anti-Islam dahulu, kini dan selamanya.