close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Selesai peningkatan blog

under construction Selesai peningkatan blog

Akhirnya saya telah selesai melakukan peningkatan (upgrade) kepada blog. Ini termasuklah meningkatkan perisian WP 2.9 kepada WP 2.9.1 beserta dengan pemalam-pemalam yang digunakan bersamanya. Memang mutakhir ini saya agak sibuk dengan kerja sehinggakan tiada masa yang terluang untuk mengemaskinikan blog. Azam saya untuk masa terdekat ini adalah untuk meningkatkan versi WordPress untuk blog-blog saya yang lain, serta melakukan penambahan pada kandungan blog-blog yang terbelengkalai sejak sekian lama.

Kalau berkesempatan, ulasan mengenai berita semasa akan menyusul kemudian.

Komen Anda? 0
30 Jan

Kini dalam Bahasa Melayu

wp bahasa melayu Kini dalam Bahasa Melayu

Memandangkan blog ini adalah blog Bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara, maka saya mengambil keputusan untuk “meMelayukan” WordPress dengan menggunakan pakej terjemahan Bahasa Melayu untuk sistem WordPress. Proses ini sudah pun berjaya dan kini saya mengendalikan laman web ini dengan antaramuka yang 90% menggunakan kosa kata dalam Bahasa Melayu.

Agak kekok pada mulanya untuk melihat perkataan-perkataan seperti “Papan Pemuka” (Dashboard), “Pautan” (Links), “Pemalam” (Plugins) dan sebagainya…tetapi alah bisa, tegal biasa.

Incoming search terms:

  • bahasa melayu kini
  • blog melayu kini
Komen Anda? 0
26 Okt

Kembar

Inilah tema baru “berkembar” yang akan digunakan untuk Critical Thoughts versi Bahasa Inggeris. Perubahan yang paling besar dari tema asal di sana adalah peralihan kepada wajah yang lebih Islamik serta logo “baru” yang akan menjadi simbol rasmi bagi projek-projek saya yang berkaitan dengan Islam (fungsinya adalah sama seperti the helix).

critical thoughts twin Kembar

Jika anda ada komen tentang tema WordPress yang baru ini, sila tinggalkan di bawah.

Komen Anda? 5
19 Dis

Prototaip

Ini adalah prototaip rekabentuk (alpha) tema WordPress untuk penampilan baru Awinsjclarke Blog.

awinsjclarke blog Prototaip

Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komentar jika ada.

Komen Anda? 3
10 Nov
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes