Takbir! Dasar PPSMI dihapuskan!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Saya amat bersyukur dan lega dengan keputusan Kementerian Pelajaran memansuhkan dasar PPSMI yang membinasakan dan menghancurkan masa depan rakyat Malaysia. Tiga bulan lepas, saya menyertai Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI di Masjid Negara dan berarak menuju ke Istana Negara. Walaupun saya tidak dapat sampai disebabkan halangan oleh Unit Simpanan Persekutuan (selain daripada ditembak gas pemedih mata), namun hasilnya sudah kita lihat pada hari ini.
Akhirnya penguasa yang angkuh sudah mahu mendengar. PPSMI yang langsung tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mahupun matapelajaran Sains dan Matematik) telah dimansuhkan. Mereka yang pro-PPSMI sudah gagal di dalam niat mereka untuk melemahkan dan melupuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan!
Saya amat gembira dengan keputusan ini, saya akan melakukan tarian moonwalk untuk meraikan kejayaan pemansuhan dasar PPSMI.
Incoming search terms:
- dasar PPSMI DIMANSUHKAN
- kenapa ppsmi perlu dimansuhkan
- Mengapa PPSMI perlu dimansuhkan
- PPSMI perlu dimansuhkAN
- ppsmi dihapuskan


aku sangat benci dengan keputusan Menteri..tak nak pandang kedepan langsung just gune english la..padanlah orang melayu tak dapat jawatan tinggi sebab tak pro english..jangan salahkan orang melayu salahkan jabatan
[MENJ: Amat malang bahawa Malaysia ada rakyat seperti anda yang bencikan Bahasa Melayu. You should be ashamed of yourself.]
Komen ditulis oleh MrRoll — Julai 8, 2009 @ 6:54 pm
Kita berusaha memartabatkan Bahasa Melayu tapi pada masa yang saya kita pejam mata membiarkan penggunaan bahasa selain dari Bahasa Melayu untuk pengajaran Sains dan Matematik.
Kita bantah PPSMI tapi pejuang bahasa tak pernah bantah bila syarikat-syarikat bukan Melayu mewajibkan pengetahuan berbahasa Mandarin sebagai syarat kerja.
Kita bantah PPSMI tapi kita tak pernah beri cadangan bagaimana untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris anak Melayu supaya boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
Komen ditulis oleh faiz — Julai 8, 2009 @ 10:49 pm
Hi, please highlight the cruelty of Han Chinese towards our brothers in East Turkestan. Hundreds of Uyghurs died because of the riot. China has become the Great Satan States just like USA.
Takbir. Free East Turkestan from China!!!!!!!!
Komen ditulis oleh Awan Sultan — Julai 11, 2009 @ 10:31 am
Mr Roll,
Saya dulu belajar S&M dalam BM,tak da masalah pun untuk jadi jurutera.Malah saya boleh berbahasa Inggeris,Jepun dan Jerman,2 bahasa lebih banyak dari kebanyakan penyokong PPSMI.Malah pengetahuan teknikal kejuruteraan saya lebih baik dari mereka yang belajar di aliran sekolah inggeris.
Tahu BI=Tahu Sains dan Matematik?Hahaha,hujah paling bodoh yang selalu saya nampak.Anda pergilah melancong ke negara US,BritainAustralia dan cuba uji pengetahuan matematik kepada orang yang lalu-lalang tengok betul ke tak Pandai BI=Pandai Matematik.
Kalau setakat nak jawatan tinggi syarikat asing,tak perlu pandai matematik/sains,asalkan ada pengaruh/kabel/rakan pasti boleh pegang jawatan.
Komen ditulis oleh Führer — Julai 12, 2009 @ 3:10 pm
setuju mr roll
orang kate golongan bantah ppsmi tu tak pandai BI.
tahukan anda yg bantah bi tue golongan profesor2.profesor ameratus. yg bi = bm dia super power…
pemimpin tak pandang ke depan???
apa gune pandang ke depan kalau generasi kite yg ade sekarang kian parah??
kerana pandang ke depan la semua pihak batah ppsmi…
kesihan anak bangsa kita..
dah la lemah sains n matematik… di ajar pulaj dalam bahasa yg tak pernah dia tahu… apa jadi??? gagallah anak bangsa kita..
analoginya seperti.. anak2 yg tidak tahu berenang,,mahu belajar berenang..tapi disuruh berenag sambil menyelam.. apa jadi??
lemas la dia…..
renung2kan…
banyak lag strtegi lain untuk suruh rakyat malaysia ni pandai english…
Komen ditulis oleh zan zan.. — November 2, 2009 @ 8:18 pm