Teoh Beng Hock

Kematian mendiang Teoh Beng Hock bukan sahaja tragis, tetapi dalam keadaan yang penuh misteri. Apakah yang menyebabkan beliau “terjun” dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM negeri Selangor? Saya tidak fikir ia adalah isu bunuh diri. Saya yakin ada unsur khianat atau paksaan yang menyebabkan mendiang dijumpai dalam keadaan begitu.
Atas dasar itu, saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini. Ini bukan sahaja isu untuk mendapatkan keadilan bagi mendiang dan keluarganya, tetapi juga menyentuh integriti dan kredibiliti SPRM sendiri dan rakyat Malaysia juga berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Islam sendiri menganjurkan bahawa keadilan diberikan kepada semua pihak. Rujuk kembali kepada kisah Saidina Ali k.w.j. yang dicuri baju besinya oleh seorang Yahudi, tetapi kalah di dalam kes tersebut di dalam mahkamah (walaupun beliau seorang Khalifah) kerana tidak cukup bukti yang dikemukakan. Inilah contoh keadilan yang harus dicontohi oleh semua.

Memang cukup ghaib bin ajaib.
Menurut rujukan saudara/i, dalam konteks mendiang, Teoh adalah mangsa, iaitu seperti Khalifah Saidina Ali yang betul-betul kerugian baju tapi tuntutannya untuk keAdilan tidak diendahkan, manakala SPRM seumpama Yahudi itu sungguhpun berdosa tapi dilepaskan.
Ada baiknya SPRM dikembangkan namanya MENJadi Suruhanjaya Pencegah Elemen Rasuah Malaysia.
Komen ditulis oleh Shin — Julai 22, 2009 @ 5:12 pm
Beliau mengorbankan diri disitu keranaa kecewa SPRM tidak mahu menerima rasuah dari beliau, lalu membuat terjunan ala2 swimming, is it true??
[MENJ: Adalah tidak masuk akal sama sekali seorang yang hendak berkahwin keesokkan harinya membunuh diri selepas bertemu secara sukarela dengan SPRM.]
Komen ditulis oleh Shan — Julai 27, 2009 @ 10:00 am