Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Tips kejutkan orang bersahur

    Puasa sudah menghampiri, tapi masa untuk mengejutkan orang bersahur adalah masa yang paling crucial sekali. Di bawah ni ada beberapa tips menarik untuk dicuba :mrgreen:

    Kalau nak kejutkan orang bangun tidur terutamanya untuk bersahur..antara cara-caranya ialah:

    1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan. Kalau tak bangun juga,
    2. Sentuh bahu orang yang sedang tidur itu dan goyangkan perlahan lahan sambil memanggil nama dia. Kalau tak bangun juga,
    3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.. Kalau tak bangun juga,
    4. Tampar-tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia. Kalau tak bangun juga,
    5. Tutup kipas/air-cond.

    Tetapi kalau masih tidak ada kesan….

    1. Jerit nama dia kuat-kuat; kalau tak bangun juga,
    2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit. Kalau tak bangun juga,
    3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam. Tak bangun juga?
    4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam. Tak bangun juga?
    5. Goyang badan dia kuat-kuat lepas tu jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!. Kalau tak bangun juga,
    6. Jerit api! api! api!…tak bangun juga,
    7. Letak KFC ke, McD ke, tak pun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli sebelah hidung dia. Bagi dia ambil bau sikit…

    Tapi kalau masih tak ada effect juga….

    1. Pergi kat telinga dia….then sebut maa rabbuka! Sambil seru nama dia banyak kali. Kalau masih tak bangun….
    2. Pergi kat dia, baca je Surah Yaa Sin.

    Tapi kalau masih tak ada kesan juga, inilah cara yang terakhir:

    1. Panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan….kerana Tuhan lebih menyayanginya.

    28 Ogo

    1 komen »

    1. ada2 jer laa dia ni… padahal dia tu laa yg susah nak bangun.. ahakz.. betul tak.>

      Komen ditulis oleh mosjc — September 1, 2008 @ 12:21 am

    Tinggalkan komen anda