Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Ustaz Asri, vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un.
Semoga Allah s.w.t. menempatkan beliau di kalangan mereka yang salih. Antara lagu-lagu yang saya dengari daripada Rabbani, saya paling menyukai lagu “Intifada”.
Incoming search terms:
- islam yaang telah gemilang nasyid
- nasyid rabani perjuangan islam
- nasyid rabbani perjuangan islam
13 Ogo


Salam, Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri. Sama-samalah sedekah Al-Fatihah untuk roh agar ditempat bersama-sama dengan mereka yang beriman. Aminnn. Kita telah kehilangan satu pejuang islam melalui lagu-lagu nasyid.
Komen ditulis oleh CheAwe — Ogos 13, 2009 @ 5:32 pm
Salam,
Alfatihah jua… Siapa sangka dipagi khamis hari yang dirahmati oleh Allah swt dan dinanti2kan oleh umat islam untuk disahut olehNya telah pergi menyahut seruan Illahi.
Semoga Rohnya dirahmati disisi Allah.
p.s :Video intifada tu tak berapa clear, why not tukar linkage dia dgn yang one that are more clearer.
Komen ditulis oleh mosjc — Ogos 14, 2009 @ 2:31 am
Pemergian Ust Asri memberi kesan mendalam kepada merekayang ingin melihat Islam bersinar dimayapada ini. Hilang satu berlian dari taburan berlian yang menyinar perjuangan Islam khususnya di Malaysia yang kita sayangi ini. Kita yang masih tinggal, ambillah iktibar supaya jangan berlengah membuat kebajikan demi melihat agama Islam gemilang. Arwah sudah kita nampak ‘jejak bertapak’ beliau iaitu dengan rangkaian nasyid nasihat yang beliau dendangkan.Semoga arwah dapat bertemu kekasih yang selama ini dirindui beliau iaitu Rasulullah Nabi MUhammad, Amin.
Komen ditulis oleh Aida — Ogos 16, 2009 @ 1:14 pm
Salam takziah buat keluarga ustz asri……..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Yang Esa & Ditempatkan Bersama golongan orang2 yang beriman.
Teruskan perjuangan irama nasyid negara kita kpd Kumpln Rabbani serta kumpln nasyid2 yg lain.
Semoga Pemergian ustz Asri yg mudah serta di bulan yg baik ini (Bulan Sya’aban) menjadi iktibar & panduan kpd semua pembaca tentang cara hidup dan tingkah lakunya di dunia ini.
Smg kt berusaha ke jln yang diredhai Allah dan mendapat hidayah daripadaNya……… Amin
Komen ditulis oleh syaqier kuang — Ogos 18, 2009 @ 1:17 am